Skip to main content

Puisi Sempurna Sebuah Dusta | Puisi Cinta yang Sedih

Puisi Sempurna Sebuah Dusta | Puisi Cinta yang Sedih

Puisi dan kata bijak. puisi sempurna sebuah dusta. Dusta adalah salah satu ciri sikap seorang munafik, dan pengertian munafik dalam islam. munafik adalah salah satu kategori atau golongan manusia yang diletakkan tarafnya lebih rendah daripada Muslim biasa.

Sempurna sebuah dusta dapat di artikan, seseorang yang sangat lihai berbohong. orang yang di maksud dalam puisi ini bukan yang termasuk, seperti kata kata: aku tak sempurna dimatamu, atau denganmu aku sempurna bukan pula yang begitu sempurna, tapi diam solution dusta sebuah janji, karena dia lihai berdusta.

Begitulah kira-kira tentang kata dusta dan kata sempurna judul salah satu dari puisi cinta sedih yang dipublikasikan blog puisi dan kata bijak dikesepatan kali ini.

Dan berikut ini adalah daftra judul kumpulan puisi cinta sedih yang dipublikasikan puisi dan kata bijak diantaranya:

  1. Puisi Cengkerang kosong
  2. Puisi Sempurna sebuah dusta
  3. Puisi Dicintai separuh cuma

Ketiga puisi tersebut karya dari Muzalifahtul Aini Abd Hamid salah satu bait puisinya. "Serakahmu terdorong meloncat keluar dari kongkong Menyarung taring dalam kelongsong Seolah-olah sememang sudah terbiasa dengan bersahaja Terlihatkan benar-benar rela kaki terantai nelangsa".


Kumpulan puisi cinta sedih

Bagaiman cerita puisi cinta sedih dalam bait puisi tentang cinta yang dipublikasikan puisi dan kata bijak, untuk lebih jelasya disimak saja puisi-puisinya berikut ini.


Puisi Sempurna Sebuah Dusta
Muzalifahtul Aini Abd Hamid

Aku berpura-pura tidak apa-apa
Seolah-olah sememang sudah terbiasa
Aku lakukannya dengan bersahaja
Terlihatkan aku benar-benar rela
Siapa tahu kaki terantai nelangsa

Aku berpura lupa yang aku kecewa
Seolah-olah tidak sedikitpun terasa
Aku lakukannya dengan berjenaka
Kelihatan tertawa dengan selamba
Siapa tahu dada berlimpahan airmata

Cintamu mudah berpaling muka
Tompokan nista berbilas bangga
Aku redamkan laung sengsara
Seolah-olah jiwa tak punya suara
Siapa tahu hampir saja melayang nyawa

Membidik kekata ke lapang cela
Memetik bahagia atas diri yang terluka
Aku membenarkan kau memutar cerita
Seolah-olah hati tidak pernah terdera
Siapa tahu seribu tusukan membinar mata

Bilur-bilur waktu merejam setia
Jalur-jalur rindu gugur semua
Sempurnakanlah karya sebuah dusta
Kiranya kau rasa tidak pernah berdosa
Biarlah Tuhan menjawab bicara
Nantikanlah kiffarahmu di sana..

Iffa Aini Hamd
29.12.2016


Puisi Cengkerang Kosong
Muzalifahtul Aini Abd Hamid

Serakahmu terdorong
Meloncat keluar dari kongkong
Menyarung taring dalam kelongsong
Di luar pepat di dalam rencong

Datanglah menyongsong
Mengutip hati yang pernah kau gendong
Sekujur raga yang pernah kau gonggong
Meninggalkan dada yang lompong

Mengapa melolong
Dari segenap lorong ke lorong
Sekonyong-konyong tongkatkan sombong
Patahkan sokong merebah condong

Hampa melopong
Mengais yang wujud dari kepompong
Tidak dapat lagi kau terus berbohong
Ketemu di kukumu hanyalah cengkerang kosong

Iffa Aini Hamd.
28.12.2016


Puisi Dicintai Separuh Cuma
Muzalifahtul Aini Abd Hamid

Insan yang mencintaimu sepenuh jiwa
Sebenar-benar mengerti rasanya
Dicintai separuh cuma
Bila separuh lagi diisi dengan pura-pura
Walaupun ianya kerana terpaksa

Iffa Aini Hamd
28.12.2016


Demikianlah puisi sempurna sebuah dusta  berserta dua judul puisi yang lain. Simak/baca juga puisi berikutnya, semoga puisi diatas menghibur dan bermanfaat. Sampai jumpa di artikel selanjutnya. Tetap di blog puisi dan kata bijak menyimak/membaca puisi yang kami update. Terima kasih sudah berkunjung.